I am Ammus

I am Ammus
I am Ammus

Sunday, 30 December 2012

Kisah Wanita Mencungkil Matanya

Asssalamualaikum
Malam yang cukup indah. Aku mohon pada Allah agar menguatkan imanku. Teguhkan semangatku untuk menghadapi segala ujian yang Allah berikan. Aku juga mohon agar Allah, janganlah berikan aku ujian yang dimana aku tak mampu untuk hadapi. Dan jika engkau berikan juga wahai Allah, kau bantulah aku. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba-Mu yang lemah. 
InsyaAllah, hari ni post ana berkenaan dengan cerita dimana seorang wanita yang sanggup mencungkil matanya sendiri akibat di puji oleh seorang lelaki. MasyaAllah .. sebenarnya, cerita ni ana dah dengar lama dah. Dan hasil pencarian ana, ana jumpalah jugak cerita ni. Sebab masa kat kelas, ana penah cerita kisah ni pada sahabat sahabat ana. 
CERITA NYA BEGINI:
ana hanya copy paste :D


Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan.Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.
Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan maka dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan telah menarik perhatiannya, lalu Hasan Basri mengikut belakang gadis tersebut.
Apabila wanita itu merasa ada orang mengekorinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang mengekorinya, lalu wanita itu berkata “Wahai orang muda!Apakah kamu tidak malu?”
Lalu wanita itu berkata “Malulah kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang yang terdapat dalam hati.”
Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya.Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, lalu dia tetap mengekori wanita tersebut dari belakang.
Apabila wanita tersebut melihat orang itu terus mengikutinya maka berkatalah wanita itu “Mengapa kamu terus mengikuti aku?”
Maka berkata Hasan Basri “Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu”
Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata orang itu maka dia pun berkata “Baiklah oleh kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki”
Setelah berkata demikian maka wanita itu pun pergi, dalam hati Hasan Basri berkata “Nampaknya dia telah menerima cintaku”Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.

Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang pembantu (amah) menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan Basri membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak tersebut terdapat sepasang biji mata.Kemudian berkata pembantu rumah itu “Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesona seseorang itu”
Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya, dia pun memegang janggutnya lalu berkata kepada dirinya sendiri “Celaka betul kamu ini, dahlah berjanggut masih tidak ada rasa malu, sebagaimana malu wanita itu”
Setelah Hasan Basri menyedari kesalahanya dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman.
Pada keesokan harinya Hasan Basri terus pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya dia menghalalkan kesalahan yang telah dia lakukan.Apabila dia menghampiri rumah wanita tersebut, maka diapun bertanya kepada mereka yang berada di situ dan Hasan Basri diberitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya lalu dia kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari, pada malam yang ketiga Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut , wanita tersebut telah ditempatkan di dalam syurga.Lalu Hasan Basri berkata “Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”
Kemudian wanita itu berkata “Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah S.W.T sebab kamu”
Setelah Hasan Basri mendengar perempuan tersebut maka dia pun berkata “Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik”
Berkata wanita itu “Dengarlah nasihatku ini.Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah S.W.T setiap pagi dan petang, beristigfarlah , mohonlah ampun kepada Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya”
Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang di nasihatkan kepadanya sehingga dia menjadi seorang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah S.W.T dan dia memperolehi darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah S.W.T serta menjadi wali kekasih Allah.

sebelum ana akhiri post ana kali ni, ana tertarik dengan satu ayat yang Allah telah rakamkan dalam Al-Quran yang bermaksud:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - al-Ahzab : 59

dimana ayat ini, Allah telah menjelaskan bahawa aurat adalah suatu perkara yang amat penting dalam diri seorang muslimah. 
Dari cerita diatas, seorang wanita telah mencungkil matanya untuk mengelakkan difitnah dan pada hari ini, ramai wanita berlumba lumba untuk membiarkan diri mereka di fitnah dan memdedahkan apa yang dilarang oleh Allah. Ana harap sahabat sahabat di luar sana dapat mengambil iktibar dari apa yang diceritakan.
sekian... 

Monday, 24 December 2012

Hidup Sebagai Perantau #1

Assalamualaikum w.b.t
Di saat ni, ana termenung jauh teringatkan kampung halaman. Kini ana bergerlar seorang perantau yang belajar di negara orang. Emm. 'ana'? 
Memang lah, belajar kat Mesir. Alhamdulillah. Memang Allah sebenarnye telah menakdirkan aku untuk belajar di negeri orang. Negeri dimana banyak sejarah sejarah silam. Kisah kisah dalam kitab suci Al-Quran, Kisah kisah para Nabi. Semuanya berlaku di sebuah tempat yang amat dikenali.. MESIR. atau nama lainnya Egypt. 
Sebenarnya, ana sudah 3 bulan berada di sini. Smpai sini ana ingat lagi, bertarikh 4 Oktober 2012. Ingat la jugak sbb beberapa hari lepas tu, harijadi ana. huuhu. Hurm,  Nak kata buzy, tak delah buzy sgt. Ada la mcm tu. Tgk hari jugak. Ada hari buzy, ada hari tak jugak.
''waaa, hebadnye... mesti ustaz kan.?''
Ehh, tak de lah sgt. Ana bukan amik kos Usulluddin ke, Syariah ke, Quran Sunnah ke, tak jugak. 
\Sebenarnya ana amik kos perubatan. Ana pon sbnrnye tak penah terpikir pon nak amik kos perubatan. 
Salunye kalo orang cakap, Amik medic je..
 ''Fuhhh, tererrr gilerrr''. 
atau
''Fuhh, mesti pandai kan?''
Tak sebenarnye. Rendah diri ana cakap, ana tak de lah pandai mana. 
Result SPM ana pon tak straigt A's pon. Tak mcm korang.
Ana datang sini pon guna duit parent ana. Bak kata org FAMA/ (father and mother)
''Mak Aiiii, kaye gilaaaa''
Subhanallah. Maha Suci Allah, ana tak kaye mana. Cuma, tanpa disangka sangka, Allah 
memberikan rezeki pada keluarga ana. 
Alhamdulillah, dengan ada duit lebih, keluarga ana pon tekad menghantar ana ke Mesir ni untuk belajar medic.
Dalam Al-Quran, Allah S.W.T berfirman:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).

Demikian lah, Allah telah berfirman, Allah akan menjamin rezeki kita dimana saja kita berada. 
Telah tertulis oleh Allah bahawa hidup kita ini, ada rezekinya, Dimana kita berpijak, di bumi mana kita bernafas, di bumi mana kita berjalan, andai kata, rezeki kita disitu, ia pasti ada. So, antum antum smua tak perlulah risau. 
Andai kata satu hari nanti ada dikalangan antum dapat belajar ke sini, syukur lah. Itu lah rezeki antum. Syukur Ya Allah.

Cuma dekat sini, ana nak cakap, ana rindu sangat kampung halaman ana. Teluk Intan. Ana rindu parent ana. Adik adik ada. Ibu saudara, pakcik ana. Ana rindu sangat. 
Ana rindu jugak makanan Malaysia. Sbb ta tau la. Arab kat sini lidah ape tah. suka sangat makan masam masam. Kalau macam kita orang Melayu, suka pedas pedas? ok la jugak. 
MASAM? arghh. Redha redha.

Rasenye tu je lah kot. Ana akhiri post ana kali ni dengan sepotong ayat.

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).