I am Ammus

I am Ammus
I am Ammus

Sunday, 30 December 2012

Kisah Wanita Mencungkil Matanya

Asssalamualaikum
Malam yang cukup indah. Aku mohon pada Allah agar menguatkan imanku. Teguhkan semangatku untuk menghadapi segala ujian yang Allah berikan. Aku juga mohon agar Allah, janganlah berikan aku ujian yang dimana aku tak mampu untuk hadapi. Dan jika engkau berikan juga wahai Allah, kau bantulah aku. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba-Mu yang lemah. 
InsyaAllah, hari ni post ana berkenaan dengan cerita dimana seorang wanita yang sanggup mencungkil matanya sendiri akibat di puji oleh seorang lelaki. MasyaAllah .. sebenarnya, cerita ni ana dah dengar lama dah. Dan hasil pencarian ana, ana jumpalah jugak cerita ni. Sebab masa kat kelas, ana penah cerita kisah ni pada sahabat sahabat ana. 
CERITA NYA BEGINI:
ana hanya copy paste :D


Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan.Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.
Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan maka dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan telah menarik perhatiannya, lalu Hasan Basri mengikut belakang gadis tersebut.
Apabila wanita itu merasa ada orang mengekorinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang mengekorinya, lalu wanita itu berkata “Wahai orang muda!Apakah kamu tidak malu?”
Lalu wanita itu berkata “Malulah kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang yang terdapat dalam hati.”
Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya.Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, lalu dia tetap mengekori wanita tersebut dari belakang.
Apabila wanita tersebut melihat orang itu terus mengikutinya maka berkatalah wanita itu “Mengapa kamu terus mengikuti aku?”
Maka berkata Hasan Basri “Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu”
Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata orang itu maka dia pun berkata “Baiklah oleh kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki”
Setelah berkata demikian maka wanita itu pun pergi, dalam hati Hasan Basri berkata “Nampaknya dia telah menerima cintaku”Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.

Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang pembantu (amah) menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan Basri membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak tersebut terdapat sepasang biji mata.Kemudian berkata pembantu rumah itu “Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesona seseorang itu”
Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya, dia pun memegang janggutnya lalu berkata kepada dirinya sendiri “Celaka betul kamu ini, dahlah berjanggut masih tidak ada rasa malu, sebagaimana malu wanita itu”
Setelah Hasan Basri menyedari kesalahanya dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman.
Pada keesokan harinya Hasan Basri terus pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya dia menghalalkan kesalahan yang telah dia lakukan.Apabila dia menghampiri rumah wanita tersebut, maka diapun bertanya kepada mereka yang berada di situ dan Hasan Basri diberitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya lalu dia kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari, pada malam yang ketiga Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut , wanita tersebut telah ditempatkan di dalam syurga.Lalu Hasan Basri berkata “Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”
Kemudian wanita itu berkata “Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah S.W.T sebab kamu”
Setelah Hasan Basri mendengar perempuan tersebut maka dia pun berkata “Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik”
Berkata wanita itu “Dengarlah nasihatku ini.Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah S.W.T setiap pagi dan petang, beristigfarlah , mohonlah ampun kepada Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya”
Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang di nasihatkan kepadanya sehingga dia menjadi seorang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah S.W.T dan dia memperolehi darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah S.W.T serta menjadi wali kekasih Allah.

sebelum ana akhiri post ana kali ni, ana tertarik dengan satu ayat yang Allah telah rakamkan dalam Al-Quran yang bermaksud:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - al-Ahzab : 59

dimana ayat ini, Allah telah menjelaskan bahawa aurat adalah suatu perkara yang amat penting dalam diri seorang muslimah. 
Dari cerita diatas, seorang wanita telah mencungkil matanya untuk mengelakkan difitnah dan pada hari ini, ramai wanita berlumba lumba untuk membiarkan diri mereka di fitnah dan memdedahkan apa yang dilarang oleh Allah. Ana harap sahabat sahabat di luar sana dapat mengambil iktibar dari apa yang diceritakan.
sekian... 

Monday, 24 December 2012

Hidup Sebagai Perantau #1

Assalamualaikum w.b.t
Di saat ni, ana termenung jauh teringatkan kampung halaman. Kini ana bergerlar seorang perantau yang belajar di negara orang. Emm. 'ana'? 
Memang lah, belajar kat Mesir. Alhamdulillah. Memang Allah sebenarnye telah menakdirkan aku untuk belajar di negeri orang. Negeri dimana banyak sejarah sejarah silam. Kisah kisah dalam kitab suci Al-Quran, Kisah kisah para Nabi. Semuanya berlaku di sebuah tempat yang amat dikenali.. MESIR. atau nama lainnya Egypt. 
Sebenarnya, ana sudah 3 bulan berada di sini. Smpai sini ana ingat lagi, bertarikh 4 Oktober 2012. Ingat la jugak sbb beberapa hari lepas tu, harijadi ana. huuhu. Hurm,  Nak kata buzy, tak delah buzy sgt. Ada la mcm tu. Tgk hari jugak. Ada hari buzy, ada hari tak jugak.
''waaa, hebadnye... mesti ustaz kan.?''
Ehh, tak de lah sgt. Ana bukan amik kos Usulluddin ke, Syariah ke, Quran Sunnah ke, tak jugak. 
\Sebenarnya ana amik kos perubatan. Ana pon sbnrnye tak penah terpikir pon nak amik kos perubatan. 
Salunye kalo orang cakap, Amik medic je..
 ''Fuhhh, tererrr gilerrr''. 
atau
''Fuhh, mesti pandai kan?''
Tak sebenarnye. Rendah diri ana cakap, ana tak de lah pandai mana. 
Result SPM ana pon tak straigt A's pon. Tak mcm korang.
Ana datang sini pon guna duit parent ana. Bak kata org FAMA/ (father and mother)
''Mak Aiiii, kaye gilaaaa''
Subhanallah. Maha Suci Allah, ana tak kaye mana. Cuma, tanpa disangka sangka, Allah 
memberikan rezeki pada keluarga ana. 
Alhamdulillah, dengan ada duit lebih, keluarga ana pon tekad menghantar ana ke Mesir ni untuk belajar medic.
Dalam Al-Quran, Allah S.W.T berfirman:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).

Demikian lah, Allah telah berfirman, Allah akan menjamin rezeki kita dimana saja kita berada. 
Telah tertulis oleh Allah bahawa hidup kita ini, ada rezekinya, Dimana kita berpijak, di bumi mana kita bernafas, di bumi mana kita berjalan, andai kata, rezeki kita disitu, ia pasti ada. So, antum antum smua tak perlulah risau. 
Andai kata satu hari nanti ada dikalangan antum dapat belajar ke sini, syukur lah. Itu lah rezeki antum. Syukur Ya Allah.

Cuma dekat sini, ana nak cakap, ana rindu sangat kampung halaman ana. Teluk Intan. Ana rindu parent ana. Adik adik ada. Ibu saudara, pakcik ana. Ana rindu sangat. 
Ana rindu jugak makanan Malaysia. Sbb ta tau la. Arab kat sini lidah ape tah. suka sangat makan masam masam. Kalau macam kita orang Melayu, suka pedas pedas? ok la jugak. 
MASAM? arghh. Redha redha.

Rasenye tu je lah kot. Ana akhiri post ana kali ni dengan sepotong ayat.

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).




Wednesday, 19 September 2012

Tutti Frutti Teluk Intan :))

Akhirnya , setelah sekian lama menunggu, Tutti frutti ni bukak jugak akhirnya kat Teluk Intan. Ni kira kali second lah makan. Dulu masa 1st time makan dekat Penang. Wahh, best lah. Lepas ni tak yah la nak pi jauh-jauh nak merasa benda alah ni.

Dibuka masa 16 Sept lepas. Bru bukak lah kiranya. Masa 1st bukak, ramai tak terkira lah cakap ko. Haha.


Lokasi nye di Bandar Baru Teluk Intan, dekat dekat dengan Hong Leong Bank. Berhadapan dengan Secret Recipe. Sebenarnya, sebelum ni saya pon tak tau mana lokasinya. Round punye round punye round, last-last jumpa la akhirnya! Sebab macam tersorok sikit. Haha. Tahniah tahniah. So, lepas ni, boleh la spend sikit wang tok makan benda ni. Sedap woo. Macam - macam perisa. :)

Tutti Frutti Teluk Intan


Saturday, 15 September 2012

Filem Innocence of Islam menghina Islam dan Nabi Muhammad !

Beberapa hari yang lepas, dunia Islam kini digemparkan dengan penerbitan sebuah filem Laknatullah dimana filem ini menjadi kontroversi dunia Islam. Filem ini mengisahkan bagaimana umat Islam dikatakan sebagai pengganas dan filem ini juga menghina Nabi Muhammad S.A.W. Islam diseluruh dunia kini mengadakan protes secara besar-besaran untuk membantah filem ini akibat penghinaan yang melampau oleh pencipta filem ini. Jika anda melihat trailer cerita ini di laman youtube, komentar yang dibuat tidak berhenti-henti keatas filem ini. Ada yang membantah secara keras-kerasan dan ada juga golongan laknatullah yang mengomen disitu. Firman Allah dalam surah Al-anam ayat 70:

Dan tinggalkanlah orang yang menjadikan al-din (agama) mereka sebagai permainan dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Dan peringatkan mereka dengannya (al-Qur’an) agar setiap diri terpelihara daripada terjerumus disebabkan usahanya. Tidak ada baginya pelindung dan tidak ada (juga) penolong selain Allah. Dan sekalipun dia (orang yang terjerumus itu) mahu menebus dengan segala macam penebusan namun, tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang yang dijerumuskan disebabkan apa yang mereka usahakan. Bagi mereka minuman daripada air yang mendidih dan azab yang sangat pedih disebabkan kekufuran mereka.

Firman Allah lagi dalam Al-Quran:

Sesunggunya orang-orang yang menyakiti Allah dan rasulNya, maka Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan bagi mereka azab seksa yang hina.

Filem Inncocence of Islam
Filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.

Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.

Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir. Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam.

Siapa itu Sam Bacile? 
Sam Bacile adalah seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat. Lelaki itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.

Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.

Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.

Hukum Bunuh terhadap orang yang menghina Islam.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan kerosakan di muka bumi ialah dengan balasan bunuh atau dipalang atau dipoting tangan dan kaki mereka secara berselang atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka. 


Diriwayatkan juga bahawa:

Seorang lelaki telah berdusta kepada Rasulullah s.a.w., lalu Ali dan Zubayrr pergi membunuh lelaki tersebut.

Di dalam sebuah kisah, Amir al-Mu’minin Harun al-Rashid telah bertanya kepada Imam Malik tentang seorang lelaki yang telah mencaci Rasulullah s.a.w. Al-Rashid juga memberitahunya bahawa para fuqaha di Iraq telah mengeluarkan fatwa bahawa lelaki tersebut dikenakan hukuman sebat. Mendengar cerita itu, Imam Malik menjadi marah lantas berkata: Wahai Amir al-Mu’minin! Apakah lagi yang tinggal pada umatnya selepas Nabinya dicaci! Sesungguhnya sesiapa yang mencaci para Anbiya, maka hendaklah dibunuh dan sesiapa yang mencaci sahabat hendaklah disebat.

Dari keterangan di atas, boleh diambil iktibar bahawa orang yang mencaci dan memperkecilkan Nabi s.a.w. jelas menandakan mereka mempunyai penyakit hati dan tanda kekufuran dan dengan itulah kebanyakan ulama menghukumkan mereka sebagai murtad jika mereka adalah dari orang Islam.

Namun, ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak dihukum kafir dan dibunuh melainkan sekiranya ia benar-benar berpegang dengan kata-katanya dan tidak mengingkari perkataan yang telah dikeluarkannya. Sekiranya dia mengakui kata-katanya dan tidak mahu bertaubat dari perbuatannya samada kata-kata yang dikeluarkan secara terang-terangan, mengejek-ngejek, dan sebagainya, maka tiada khilaf dan secara pasti ini menunjukkan kekufurannya dan oleh itu halal darahnya (dihukum bunuh).



p/s: Apakah negara Malaysia ini masih lali dengan kesenangan hidup tanpa memikirkan apa yang terjadi di luar sana? Adakah kita masih leka berhibur? apakah pemimpin kita takut untuk menunjukkan protes tehadap Amerika kerana Amerika menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia? renung renungkan lah. Wallahualam. 

Monday, 3 September 2012

Sebulan Sebelum Perjalanan Sebuah Pengorbanan Bermula.

Isyak hari ini begitu indah. Suasana panas malam sebegini sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi aku untuk terus beribadah kepada Allah. Memohon petunjuk dan berdoa agar hati aku tidak dipesongkan oleh segala anasir anasir maksiat yang bisa membawa ke lembah neraka. Nauzubillah. Terkenangkan diri ku yang hanya banyak dikuasai oleh kerajaan nafsu bukannya parti Iman kerana aku adalah insan yang begitu lemah dalam menghadapi dugaan, cubaan yg diberikan.

Sebulan sebelum berangkat untuk meneruskan perjalanan sebuah pengorbanan. Begitu banyak perkara yang aku terpaksa korbankan buat masa ini. Kerana Allah diutamakan, dan kepada kedua ibu bapa aku turuti. Hari ini, tanggal 3 September, sebuah coretan hasil dari buah fikiran yang selama ini memendam untuk dipahatkan. 3 October bulan depan, aku bakal menaiki kapal terbang menjejakkan kaki ke bumi yang penuh sejarah, Bumi Anbiya', Mesir.

Pengorbanan demi pengorbanan aku lakukan terpaksa meninggalkan keluarga tersayang, ibubapa, adik beradik dan saudara mara terutama makcik dan pakcik aku yang juga membesarkan aku dari dulu lagi. Terpaksa meninggalkan mereka selama setahun. Mungkinkah? itu tidak pasti. Yang aku tahu, perjalanan ini mengambil masa enam tahun sebelum aku bergelar Doktor. Itu kah yang aku nak banggakan? Tidak, aku ada cita cita aku sendiri. Pemikiran aku jauh kehadapan.

Memandangkan usia kita semakin hari semakin berkurangan adapun secara zahirnya kita lihat usia kita bertambah. Usia kita tidak boleh dibeli lagi, hanya menunggu masa dan takdir. Memandangkan Dengan Izin Allah, aku akan menjadi seorang doktor, aku ingin merawat kedua ibubapaku, pakcik dan makcik ku yang menjagaku. Ini lah masa nya untuk aku berbakti sepenuhnya. Membalas jasa baik mereka.

Apa yang kita perlu ingat ialah, Allah itu ada bersama kita. Jika kita menjaga Allah, Allah menjaga kita. Doa adalah salah satu cara untuk kita menghargai orang yang kita sayangi. Jangan putuskan doa kita untuk kedua ibubapa kita dan muslimin dan muslimat di sekeliling kita. Kita doakan kesejahteraan mereka. Andai kita mereka sudah tiada, doakan kesejahteraan mereka di akhirat sana semoga mereka mendepat Keredhaan Allah.

Sebulan sebelum berangkat inilah masanya untuk aku luangkan masa bersama keluargaku. Aku menulis ini bukan dalam keadaan sedih, tapi ikhlas tulus dari hati. Apa yang dikeluarkan oleh akal fikiran , itulah yang aku pahat dalam belog kesanyangan aku ini. Bukan apa, kebanyakan sahabat sahabat aku akan pergi pada 5 september ni. Tak lama lagi lah, 2 hari lebih je. :')

Allah, bantulah aku dan permudahkan urusan aku dan perjalanan ku.

Monday, 27 August 2012

Kucing dan kerenah karenah nya. [^.^]

Pepagi lagi, lepas solat subuh di masjid, Aku pun pulang bersama bapaku serta pakcik ku menaiki kereta. Selalunya, aku bersama bapaku naek motor je pergi masjid. tapi, kali ni lain pulak. Sebab, hujan agak lebat harini. Mula hujan dari pukul berapa entah, aku pun tak tahu sebab ketiduran yang lena menyelubungi diri. Suasana yang sejuk ditambah pula Air-Cond yang nyaman, aku terus di buai mimpi sehingga subuh.

Pagi pagi lagi, seperti biasa, aku akan mencari kucing aku dalam enjin kereta mak aku. Tak tau la sebab apa kucing tu suka sangat tidor dalam enjin kereta mak aku. Maybe dalam tu panas dan tak ada nyamuk kot? haha. Mungkin. Atau pun suatu hari nanti, kucing aku akan menjadi kucing pertama di dunia yang menjadi mekanik berjaya di dunia ni. Kalau atas kereta ke, tepi tayar ke, takpe jugak. Ni dalam enjin, aku tak tau la macam mana nak buat dah. Kucing aku ni terlebih vitamin agaknya? Atau pun terlebih hormone?

Kucing aku ni baru je lahir. 1/7/2012. Sekarang umur nya baru 2 bulan lebih. Mak dia kucing jalanan je. Aku kutip then aku bela. Dari mana datang aku pun tak tau. Semenjak dua menjak ni, mak dia asyik mengandung je. Suaminye aku tak nampak pulak. Asyik berlainan je suami nye. Kahwin 4 ke kucing aku ni? adushh. pelik pelik.

Pagi tadi, seperti kebiasaan, aku akan bancuh susu kat Tom ni ( nama kucing kecik tu ) . Sebab, kadang kadang, aku nak je sepak mak dia ni. Anak dia nak menyusu, dia buat tak tau je. Dia hempap anak dia. Sian anak dia. Lemas anak dia, aku cari kau dulu  wahai mak kucing ! kalau sekali sekala tak pa, dia dah banyak kali. So, aku belikan dia susu tepung khas untuk anak kucing. Harga takde lah mahal sangat. Boleh la, Rm30 cam gitu gitu je. Hehe. Lepas tu, tiba tiba anak dia senyap je. Mana menghilang aku pun tak tau. Sebab, anak kucing ni suka duduk tempat sempit sempit. Macam bawah peti ais, bawah almari, pendek kata, tempat sempit sempit gitu. Sekali ! aku jumpa dia muka tengah meneran belakang almari pinggan mak aku. Parent aku dah la tengah makan, rupa rupanya, tengah berak !!!!!!!

Alahai, kucing kucing, so, aku pon alihkan la almari tu. Korang nak tau, rupa rupanya, dah banyak taik belakang almari tu. Fuhh, sabar je lah. Tak lain tak bukan, aku lah yang kena cuci ni. Kalau korang nak tau, kucing kalau dapat makanan yang baik, taik dia tak berbau. tapi kalo korang letak taik dia depan hidung, memang confirm confirm la sampai esok tak larat makan. Tapi geram, kat situ jugak nak diberakknya. nasib baik la bapak aku baik . :) dia yang cuci. Hehehe.

Anak kucing ni lagi satu, kalau dah jaga tu, macam tak ingat dunia. Main main main ! Kalau nampak je kaki orang, habis diterkam nye, gigit gigit. Haha. Kadang kadang, kalau dia dapat gigit tangan orang tu, kakinya disepak sepak nya tangan orang tu. Macam tengah geram. Tapi still comel ! hehe.

Mak kucing ni pulak, dah la kucing jalanan je, lahir kat mana aku pun tak tau. Makanan memilih. Frieskis ke, yang mahal mahal taknak makan. Nak makanan yang Rm4 sekilo tu. Hape dah pnye kucing, ambik je lah makanan mahal mahal tu. Adoy. Kau ni, memang dah lebihh aku rase, dah la taknak bagi anak minum susu, makanan nak memilih.

Ni ha lagi satu, yang paling aku bengang. Aku sediakan la kotak untuk anak kucing tu, letak tuala. Ye lah, anak kucing kan selalu sejuk je memanjang. Ehhh ehhh, kalo mak dia nampak, dengan mak dia sekali nak menyempit dalam tu. Kadang kadang, nak terkoyak kotak tu sebab mak dia masuk sekali. Tak sedor diri tu kecik. Sama je macam kain, kalao aku letak kain nak bagi anak dia tido, anak dia boleh terkeluar tido atas lantai. Maknye yang beria ria lebih ! Argghhh ! Aku rasa, mak dia ni dengki ngan anak dia sebab dapat layanan lebih. haha

Tapi, itu just kucing kan, akal pon tak ada. Ape boleh buat, layan je lah. Kucing ni bagi aku adalah anugerah Allah untuk manusia. Sebab, kucing ni kadang kadang boleh buat orang happy, lagi lagi dapat pahala free free je sebab jaga kucing tu. So, jagalah kucing anda kalau ada dan jangan lah menzalimi kucing tu. Contohilah Abu Hurairah . :)

Raya 2012 [ -.- ]

Penulisan aku kali ni pasal raya tahun ni. Raya tahun 2012. Apa yang aku rasa, raya tahun ni sama je macam raya tahun tahun lepas. Tapi, tak tau lah. Maybe, tahun depan , 1st time aku tak beraya kat rumah. Huhu. Ni siryes sedih. Tu je nak cakap. Tahun depan, agak agaknya, beraye lah aku dengan pak pak arab nun jauh di mesir sana. Kalau nak berfamily pun, maybe guna skype atau sewaktu dengannya. Ni lah yang bakal aku lalui nanti. Huhu. Perasaan tu nak kata, takdalah sedih sangat. Sebab, raya kan? apa lah sangat. Umat Malaysia je sambut raya sampai sebulan ni. Tempat tempat lain tak pon. Sehari je raya.

Konklusi dari raya tahun ni, berat badan naik, batuk. Alahai, raya je lah pon masa nak makan lemang, ketupat, kueh raya dan sebagainya. Bila lagi. Masa raya ni lah masa terbaik nak makan rendang bersama sanak saudara, sepupu sepapat, pakcik makcik, dan seluruh kerabat keluarga dan sahabat handai. Bak kata orang, raya ni lah masa untuk kita merapatkan ukhwah silaturrahim antara satu sama lain. Maaf maafan dan yang paling penting, boleh kumpul duit raya. Kan? haha.

Raya tahun ni jugak la sebenarnya, aku harap aku dapat berjumpa seseorang ! bukan awek ke, ape ke ek, jangan salah anggap. Sepupu aku. Aku baik sangat ngan dia. Tapi, dah dua kali raya dia tak balik. Dulu rajin je kol kol, bila handset aku kena curi ngan penyamun laknat mana tah, terus lost contact ngan dia. Ni siryes sedih.

Tapi, yang best nya tahun ni, duit raya aku mencecah dari apa yang aku harapkan. Tapi , aku bertekad la, nak simpan duit tu nak guna nanti kat mesir. Mana lah tau emergency ke, ape ke. Kita tak tau apa nak jadi nanti.

Aku rasa, ni je lah yang aku boleh pahatkan kat sini untuk raya tahun ni. Bagi aku, raya setiap tahun, sama je. Tak kelainan dah. Maybe, kalau dah kahwin nanti baru ada rasa kelainan kot. Manalah tau kalau kahwin ngan orang jauh ke, merasa lah aku nak jem kat Highway masa balik kampung ke, tak tau nak balik kampung mana dulu ke. Heheh. Masa depan tu lambat lagi, tapi kita kena bersedia dari awal. Apa yang aku dapat, ukhwah tu senang dicari, bila dah putus, susah nak rapatkan semula. So, sama samalah kita jaga ukhwah kita sesama umat Islam dan juga bangsa lain.

Syukur Alhamdulillah, raya tahun ni best la jugak. Sukur jugak sebab dapat puasa penuh tahun ni. :P hehe

Friday, 24 August 2012

Kenapa Orang Islam Menyembah Kaabah [ ? ] cerita.

Kenapa Umat Islam sembah Kaabah?Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya.

Sumber sini

Thursday, 23 August 2012

Ringworm atau Kurap [.]

Masa korang sekolah dulu, mesti korang familiar sangat dengar perkataan SKEBIS kan? aku tak tau la eja sebenarnya macam mana. Tapi, cara sebutannya lebih kurang tu la. Kalo korang nak tau, Skebis yang kita selalu dengar masa kita sekolah dulu terutamanya bagi penghuni penghuni asrama, orang lain ada menyebutnya sebagai KURAP. So, aku telah membekalkan korang beberapa informasi tentang ringworm atau kurap ni. :D


Kurap adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat. Selalunya, terdapat tompok beberapa kurap pada kulit.

Punca, kejadian, dan faktor-faktor 
Kurap adalah perkara biasa, terutama di kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur. Ia adalah disebabkan oleh kulat, bukan cacing seperti nama yang diberikan iaitu Ringworm. Hal ini kerana, kulat yang menyebabkan jangkitan ini adalah seperti bentuk cacing. eeeyuukkk ! :P

Banyak bakteria dan kulat hidup pada badan kita. Sebahagian daripada ini adalah berguna, manakala yang lain boleh menyebabkan jangkitan. Kurap berlaku apabila sejenis kulat yang dipanggil tinea tumbuh dan membiak pada kulit anda.

Ringwork boleh menjejaskan kulit anda pada:
Janggut - barbae tinea
Badan - tinea corporis
Kaki - Tinea Pedis (juga dikenali sebagai kaki makan air)
Kawasan pangkal paha - cruris tinea (juga dipanggil gatal Jock) selalu didapati di pasaran penyakit :)
Kulit kepala - tinea capitis

Kurap boleh merebak dengan mudah dari seorang ke seorang yang lain. Anda boleh berjangkit kurap jika anda menyentuh seseorang yang mempunyai jangkitan, atau jika anda berkongsi dengan pesakit barang-barang yang tercemar oleh kulat, seperti sikat, pakaian dicuci, dan mandi atau permukaan kolam. Anda juga boleh berjangkit kurap daripada haiwan yang membawa kulat. Kucing adalah pembawa biasa.

Kulat yang menyebabkan kurap berkembang di kawasan-kawasan seperti panas lembap. Kurap adalah lebih cenderung apabila anda sering basah (seperti dari berpeluh) dan dari kecederaan ringan kepada kulit, kulit kepala anda, atau kuku.

Gejala kurap termasuk:

  • Gatal, merah, dibangkitkan, tompok bersisik yang boleh lepuh dan selut.
  • Tompok merah sering merah di sekitar luar dengan nada kulit biasa di tengah-tengah. Ini mungkin kelihatan seperti cincin.
  • Jika kurap menjejaskan rambut anda, anda akan mempunyai tompok botak.
  • Jika kurap menjejaskan kuku anda, mereka akan menjadi berubah warna, tebal, dan walaupun rosak.

Kebanyakan masa, pembekal penjagaan kesihatan anda boleh mendiagnosis kurap dengan melihat kulit anda. Cahaya kulat boleh apabila kulit anda diperiksa dengan cahaya biru (dipanggil lampu Wood) di dalam bilik gelap.

Diagnosis mungkin termasuk:

  • Peperiksaan KOH
  • Biopsi Kulit 

Rawatan atau cara untuk mengelakkan kurap:

  • Menjaga kulit anda bersih dan kering.
  • Sapukan over-the-kaunter antikulat atau pengeringan serbuk, losyen atau krim yang mengandungi miconazole, Clotrimazole, atau bahan-bahan yang serupa.
  • Jangan memakai pakaian yang menggosoknya menentang dan mengganggu kawasan itu.
  • Basuh cadar dan pakaian tidur setiap hari semasa anda dijangkiti.
  • Pembekal penjagaan kesihatan anda boleh menetapkan pil untuk merawat kulat jika anda mempunyai:


Kurap yang terus kembali atau yang berlangsung untuk masa yang lama

  • Kurap di rambut anda .Anda mungkin memerlukan ubat-ubatan seperti ketoconazole, yang lebih kuat daripada produk over-the-kaunter. Anda juga mungkin memerlukan antibiotik untuk merawat jangkitan kulit dari strep atau Staph yang disebabkan oleh menggaru kawasan itu.

Untuk mengelakkan kurap:

  • Pastikan kulit dan kaki anda bersih dan kering.
  • Syampu kerap, terutamanya selepas potong rambut
  • Jangan berkongsi pakaian, tuala, berus rambut, sikat, topi, atau lain-lain barangan penjagaan peribadi. Barangan seperti itu perlu dibersihkan dan dikeringkan selepas digunakan.
  • Memakai selipar atau kasut di gimnasium, atau tempat tempat yang mempunyai kelembapan
  • Elakkan daripada menyentuh haiwan kesayangan pada tompok botak terutama kucing. Anjing juga tidak ketinggalan.           
Ni ada beberapa gambar yang diambil dari sumber sumber untuk korang pastikan, ada tak benda macam ni kat badan korang? :)







 

Wednesday, 22 August 2012

Cinta Orang dulu dan Cinta Orang sekarang.

Korang yang mat mat jiwang atau minah minah jiwang ni, mesti selalu baca novel tentang cinta cinta sekarang ni kan? Alaf 21 la, ape lah. huhu. Tapi, aku rasa benda yang berlaku dalam novel tu payah nak jadi zaman sekrang ni. Cinta yang sedih sedih, yang ada kesyahduan nye, susah nak cari sekarang ni. Cinta zaman sekarang ni dah lain. Kalau korang tengok, cinta zaman sekrang ni ganas ganas belaka. Berbanding cinta orang dulu-dulu. :)

Ape yang lainnye? Jom terjah. Orang dulu dulu, kalau bercinta mesti main surat surat. Alah, macam kita kecik kecik dulu lah kan. Bukan main lagi surat ayat berbunga bunga. Ayat sekolah rendah lagi lah tak boleh blahh. Hahaha. Korang tak usah tipu la. Lagi lagi yang kaki jiwang ni. Sejak kecik, memang jiwang lah kerjanya.

Kalau zaman dulu, orang kalau tulis surat cinta, mesti ada benda ni. ''kehadapan kekanda/ adinda yang kucintai''. Hahaha. Kan? tapi, kalau sekarang, mana main kehadapan kehadapan ni. Remaja sekarang, jumpa depan depan terus. Face to face. Amacam? kalau tulis mesej pon, ''Hye Baby/ Hye Ayang/ Hai anje/ ucuk dan sebagainya''. Nampak tak kelainanya?

Keganasan nya terserlah apabila, kalau zaman sekarang ni, nama je moden. Tapi, benda benda syirik ni, amalkan jugak. Kalau orang retro retro dulu, agak agak kalau rasa diduakan ke, diamadukan ke, mane la nak sampai bunuh bunuh ni. Paling kuat pun,

seumur hidup aku, ini yang pertama
pintu hatiku diketuk, oleh dua wanita,
punyai ciri selama ini kucari, berbeza wajah ayunya tetap pasti.

Kuterima satu nota, ringkas tulisannya, dia sedia undur diri,
dan memaafkan ku, katanya, anggap ini satu mimpi, 
yang datang sekadar, untuk menguji.

Krang boleh bayangkan tak? mesti korang pernah dengar lagu ni kan? huhu. Awek dia bagi nota je pon. Tapi, kalau zaman sekarang, tu dia nohh, santau sana, santau sini. Ape nak jadi, benda tu dah la berdosa. Hampa yang dok kapel ni pon dah berdosa. Ni kan lagi pulak dok main santau santau ni. Astaghfirullah. 2 kali dosa. 

pss: kesimpulannya, kahwin itu lebih baik. :) Aku tak kata semua, bagi sesetengah yang terasa, saya mintak maaf. Benda ni benar benar berlaku masa kini, disamping kalau kata tengok side effect lain. macam buang bayi, dan macam macam lagi lah. Tapi, ni lah salah satu. 

Misteri Hospital Changi, Singapore

Malam malam cenggini, sesuai lah sangat untuk aku menaip sebuah kisah mengenai hospital yang mana amat terkenal dalam sejarah Singapore dan amat terkenal dalam era mistik globalisasi. Mesti korang semua penah tengok kan cerita Haunted Changi? Cerita yang dibuat oleh sekumpulan pelajar pada tahun 2010 untuk mengkaji entiti entiti yang ada kat OCH atau dikenali sebagai Old Changi Hospital.

Sejarah Ringkas.
Hospital ini telah dibina pada tahun 1935 dan kemudiannya di gunakan sebagai pengkalan tentera oleh tentera British bagi mempertahankan Pantai timur, sSelat Johor. Hospital ini juga pernah digunakan semasa pemerintahan Jepun sebagai penjara.

mengikut sejarah ringkas nya pun, korang mesti boleh bayangkan yang hospital ni pernah digunakan oleh British dan Jepun. Tapi, mesti korang tau, masa zaman pemerintahan Jepun, Jepun sangat kejam dan dikatakan kat tapak hospital ni, ramai nyawa yang telah terkorban akibat kekejaman tentera Jepun nie. Haha, mesti ada yang kena pancung, seksa. Macam macam lagi lah.

So, banyak lah yang aku dengar. Ade orang cakap, ada pompuan rambut panjang lah, ape lah, aku tak pasti sebab aku pun ta nak pergi. Ade orang ajak pun, tak pelah. Len kali je lah ekk. huhu. Bukan tak berani, malas amik risiko. Aku ni bukannya dukun. Nak kata kuat, tade lah sangat kan. haha.

Berikut adalah beberapa gamba Changi Hospital. Enjoy it. :)




Bagi korang korang yang tak pernah tengok Haunted Changi, cerita horror yang bagi aku agak menakutkan jugak la, korang boleh la cari kat pasaran. cerita ni lebih kurang macam cerita Paranormal Activity.

Ni la triller cerita tu. :)

Tabiat Mengunyah Ais [ ? ]




Krukk krakk krukk krakk aku tengok adik aku dok kunyah kunyah ais. Kadang kadang kalau dia boring, peti ais tu lah tempat yang akan dituju olehnya. Aku tak tau la ape yang best nya kunyah kunyah ais ni. Kalau aku, mintak maaf le. Taknak aku kunyah ais ni. Wat sakit gigi ade lah.

Tapi, memang syok lah kan. Bayangkan tengah tengah panas, dapat pulak minum ais kacang. Perghh, memang best la. Lagi lagi kat Teluk Intan ni, makan plak ABC kat Mastan Ghani. Memang top lah. haha.

Ok, belik cerita pasal tabiat suka kunyah ais ni. Pendapat saya, tabiat kunyah ais ni macam satu habit yang bila kita dah biasa, susah untuk kita tinggalkan. Macam orang hisap rokok la. Susah nak tinggalkan rokok tu. Tabiat kunyah ais ni sebenarnye tak elok sangat. Dari apa yang saya baca, Tabiat mengigit ais ni boleh menyebabkan lapisan enamel gigi pecah. Sejauh mana kebenarannya, tanya lah doktor gigi atau pon student yang amik dentistry. Saya tak tau. huhu.


Tapi, keburukan ais ni jugak, bila korang korang lepas makan, kurangkan minum ais atau minum minuman yang sejuk. Ini kerana apabila korang minum minuman sejuk lepas makan, ia akan melambatkan metabolisma makanan untuk dihadamkan dalam perut. Secara tak langsung, makanan yang korang makan tu lambat dicerna dan perut korang akan buncit lama kelamaan. So, lepas makan, amik air biasa seelok eloknya air mineral atau air yang tak sejuk senang cerita.


Tu je lah information yang aku dapat bagi. So, harap berguna. :)

Tuesday, 21 August 2012

Megalodon [Haiwan PraSejarah yang Ganas]


Korang mesti jarang dengar pasal Megalodon kan? huhu. Masa teman family aku pegi simpan duit kat Tabung Haji tadi, tabung haji tu ada la TV dan dia tunjuk cerita serba sedikit pasal Megalodon ni. So, aku pun tertarik lah mengenainya. Megalodon ni merupakan asal usul atau pon moyang kepada moyang kepada moyang ikan yu yu yang ada kat dunia sekarang ni. Hidup lebih kurang  28 to 1.5 juta tahun yang lalu. So, jerung sekarang ni generasi keberapa pun tak tau. haha. Tapi, yang pastinya, Megalodon ni lagi ganas daripada jerung yang ada sekarang. Ala, macam nenek moyang kita lah, orang dulu dulu, beraninya lain macam sikit. hahaha. so, ni lah cerita pasal Megalodon ni. :)




Megalodon merupakan haiwan prasejarah yang pernah hidup dimuka bumi ini suatu ketika dahulu, ia juga merupakan makhluk marin pemangsa terbesar dalam sejarah planet. Ia merupakan salah satu haiwan pemangsa purba yang amat digeruni satu ketika dahulu. Berikut adalah beberapa fakta yang mungkin boleh membantu anda untuk mengenali bagaimanakah haiwan ini. ------>

  • Megalodon mempunyai gigi sepanjang 7 inci.
    Megalodon bererti Gigi Gergasi. Gigi jerung prasejarah ini mempunyai panjanglebih setengah kaki panjang, bergerigi, dan berbentuk jantung .
  • Digambarkan sebagai  Lidah batu.
    Ini kerana jerung sentiasa menukar gigi mereka untuk beribu-ribu kali sepanjang  hidup mereka. Gigi Megalodon telah ditemui di seluruh dunia, dari zaman kuno hingga kini.  Pada abad ke-17, seorang saintis bernama Nicholas Steno mengenal pasti "lidah batu " ​​ pada Megalodon ini. Dan atas sebab inilah, beberapa pakar menggambarkan Steno sebagai ahli paleontologi yang pertama di dunia!

  • Megalodon mempunyai gigitan yang paling berkuasa berbanding makhluk makhluk lain yang pernah hidup !
    Pada tahun 2008, satu pasukan penyelidikan dari Australia dan Amerika Syarikat menggunakan simulasi komputer untuk mengira kuasa menggigit Megalodon. Keputusan yang didapati agakmenakutkan apabila mereka mendapati  Megalodon menyerang mangsanya dengan kuasa antara  10.8 dan 18.2 tan - cukup untuk menghancurkan tengkorak paus prasejarah semudah anggur.
  • Megalodon mungkin telah berkembang dengan panjang lebih 60 kaki 
    Sejak Megalodon dikenali daripada ribuan gigi yag dijumpai, dan hanya beberapa tulang sahaja yang ditemui, saiz  tepat Megalodon telah menjadi satu isu perdebatan. Lebih se- abad yang lalu, paleontologists telah tampil  dengan anggaran berat antara 40-100 kaki, tetapi , pada hari ini jika dihitung, jerung dewasa boleh mencapai 55 hingga 60 kaki panjang dan berat kira-kira 100 tan - dan beberapa saintis telah membuat kesimpulan bahawa saiz Megalodon lebih besar.



Hambakan diri pada Ramadhan atau Allah [ ? ]

Penulisan kali ni tade la nak formal sangat sampai nak jadi macam syarahan or ceramah atau sebagainya. Saya hanya menulis supaya bila dibaca, mudah lah sikit nak faham. Okeyh?

Ramadhan baru je berlalu. Aku rasa, ramadhan tahun 2012 ni lah Ramadhan yang aku rasa paling bermakna bagi aku. Takdelah nak kata aku khatam bulan ni. Just aku buzy dan penat. Bermakna macam mana, tahun ni lah pon aku dapat rasa jadi Imam Terawih. Alhamdulillah.

Tapi, suka saya nak mengingatkan pada kita semua, adakah ibadat yang dilakukan pada bulan Ramadhan ni kerana Allah, atau kerana bulan Ramadhan je? hurm, :/ cerr check balik? masa bulan Ramadhan ni la kita bertungkus lumus mengerjakan ibadat pada Allah, tapi bila bukan bulan Ramadhan, masjid pun jarang nak jejakkan kaki. Bagi wanita, bulan Ramadhan ni lah masanya nak pakai tudung, tutup aurat. Habis je bulan Ramadhan, semua hilang. Rasenye, Allah nak masukkan kita dalam syurga kejap kejap je ke? renungkan balik.

Saya ada ambil satu petikan daripada seorang tokoh dan ulama' yang terkenal masa kini,

Dr. Yusuf Al Qaradhawi “ Sesiapa yang menyembah Ramadhan, maka ingatlah bahawa Ramadhan akan berlalu. Tetapi, siapa yang menyembah Allah, maka Ia Maha Kekal Hidup dan tidak akan mati”.

Jadi, mari kita renung-renungkan balik. Dari golongan manakah kita ni? Ibadat kerana Allah, atau kerana Ramadhan? Adakah masa bulan ramadhan je kita nak beribadah, bulan lain tidak? Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Tidak akan mati ! Wallahualam.

Kenapa Ibu kucing makan anaknya sendiri.[ ? ]

Ehem ehem, tiga bulan yang lepas, ade seekor kucing. warnanya oren. Betina. so, aku pon bela lah dia. Dia tu kucing jalanan je. huhu. Dari mana datang aku pon tak tau. Haha. 1st aku dapat tau, kucing tu baru je lahirkan anak dia. Tapi, semua mati. Dah la lahirkan kat belakang almari dalam bilik rumah jiran aku. Haishh. Tragis sungguh. So, suami kucing tu mana tah pegi. Haha. Nak dijadikan cerita, makcik aku ada seekor kucing. Tak pasti la kucing parsi ke, siam ke, tapi ekor dia kembang. Boleh buat penyapu gitu. Kalau nak berus tandas pon boleh. Ape salahnya. huhu. So, dia ni jantan. Mengawan la dengan kucing jalanan yang aku bela tu. Sampai dia ngandung. Masa dia ngandung, boleh kata aku abes RM4 sehari nak beli makanan dia yang lembik lembik tu. Hamboi, kelas kau kucing ! makanan yang keras keras tu, haram dia makannye. Ish ish ish. Sampai la aku masuk persediaan aku kat UPM.

So, after a week, mak aku kol. Dia cerita. Kucing aku tu dah beranak. Tapi, yang lain mati. Tinggal sekor je. Yang lain tu ibu kucing tu makan. WHAT THE FISH ! haishh. tragis tragis. Hurm.

Aku sekarang tengah cuti sebulan lebih sebelum aku nak berangkat g Mesir. Aku jaga lah anak dia yang sekor tu. Sian, kecik kecik dah kawan ngan manusia. Tapi, dia comel. Mata biru, bulu warna putih campur coklat sikit sikit. Alahai. ^^

Cerita pasal kenapa ibu kucing makan anak dia ni sikit je, yang aku tau, orang cakap la, aku tak pasti kepastian dia tahap mana, ibu kucing makan anak nya sebab dia cari mana satu yang sesuai dengannya misalnya yang sama bulu dengan dia. Yang tak sama tu, tu yang dia bunuh. Bagi aku, logik jugak. Sebab, kenapa kucing aku dia tak bunuh yang sekor ni. Sayang gila aku tengok dia kat anak dia yang sekor ni. Maybe, sama bulu ngan dia lah kot. Tak tau la. Tu yang aku dapat tau. So, kalo kucing korang korang nak beranak, bila dia nak beranak, pastikan la. selamatkan la yang mana patot. Kesian, kucing ni takde akal. So, main bunuh je. Manusia pon nak jadi macam kucing dah, bunuh anak sendiri, buang. Ish ish ish. Kesian. So, tu je lah yang aku tau. sekian. :))

Sunday, 10 June 2012

Tonsilitis

ASSALAMUALAIKUM

I hope that readers are in the pink of health. Thanks to ALLAH for give us chance breathe the air in the land of God. haha. okey tak english? huhu.hari ni, saya nk berkongsi dengan anda tntg satu penyakit yg saya alami sejak dari kecik lagi. ehem2.. (batuk doktor) . Today, saya akan menjadi seorang doktor yang akan menerangkan satu penyakit yang banyak jugak dialami oleh penduduk muka bumi ini. :)

sebelum itu, saya nk bagi tazkirah sikit. (DR+USTAZ)  :)
Actually, ALLAH memberikan sakit kepada seseorang itu bukan lah saja2. Tp, ALLAH sayangkan kita sebenarnya. Di samping itu, ALLAH juga memberikan ia sebagai satu ujian kerana dalam kehidupan seharian kita, kita sering lali dan banyak melakukan perkara yang LAGHO. jgn nk tipu. No body perfect kan? setiap orang akan melakukan kesalahan. even perdana menteri malaysia pon akan melakukan kesalahan. huhu. Jadi, Allah menurunkan penyakit supaya kita beringat-ingat apa yang kita lakukan. kalo tak ingat jugak, tak tau nak cakap apa lah. Tp, selalunya, orang bila dah kena penyakit, baru lah nk bertungkus lumus. Air mata siap boleh tadah dalam besen sebab mohon kepada Allah supaya menyembuhkan penyakit. tol x? bila dah sihat. mak ai, no komen la. yang bagus, bagus lah. ni yang tak bagus ni? lupa terus kat Allah? hurm. Ingat-2 lah sikit.

''sesungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar''. 

so, jom kita terjah. apa itu TONSILLITIS?

TONSILLITIS.
Tonsillitis: merupakan keradangan pada kelenjar tekak yang menyebabkan rasa sakit tekak. Tonsillitis adakalanya disebabkan oleh virus dan adakalanya bakteria. Kebanyakan kes-kes tonsillitis di serata dunia adakalanya boleh disembuhkan tanpa menggunakan apa-apa ubat antibiotik. :)

PUNCA-PUNCA.
dalam kajian, kebanyakan punca tonsillitis adalah disebabkan oleh virus dan bakteria yang disebarkan melalui social contact seperti titisan yang terdapat dari udara hasil daripada bersin seseorang itu.

TONSILLITIS juga boleh disebabkan oleh sejenis bakteria yang diberi nama STREPTOCOCCUS PYOGENES yang akan menyebabkan jangkitan pada kelenjar tekak dan sakit tekak. ANDA PERLU MENGAMBIL PERHATIAN ! Jika penyakit ini tidak dirawat dengan segera, pesakit akan mengalami keadaaan dimana keadaan ini dipanggil RHEUMATIC FEVER atau DEMAM REUMATIK dimana penyakit ini boelh menjejaskan jantung beberapa tahun kemudian.


TANDA-TANDA MENGHIDAP TONSILLITIS.

  • sakit tekak
  • kesukaran memberi makan (jika penghidap adalah bayi)
  • sukar untuk menelan makanan atau apa-apa saja.
  • demam
  • sakit kepala
  • sakit perut
  • loya dan muntah
  • batuk
  • serak
  • hidung berair
  • kemerahan pada tonsil dan tekak
  • TOMPOK PUTIH PADA TONSIL
  • mata menjadi kemerah-merahan
  • ruam
  • sakit telinga
PERHATIAN: TONSILLITIS BISA BERJANGKIT
ia akan berjangkit melalui direct contact seperi ciuman atau udara yang telah dicemari oleh virus ini seperi orang yang bersin atau batuk.

Jika anda ingin melihat rupa TONSILLITIS, sila klik di sini 

apa yang saya bisa kongsi pada hadirin dan hadirat yang datang menziarahi belog saya ini. Saya bukan lagi seorang doktor yg tahu apa lebih lanjut tentang penaykit ini. ini hanyalah pengalaman saya dan juga hasil pembacaan saya.

Dari pengalaman saya yang ada penyakit ini, saya mengesyorkan anda semua mengambil satu supplement makanan tambahan yang dikenali sebagai SPIRULINA . InsyaAllah, anda akan dapat mengawal penyakit ini daripada berlarutan. Kerana, dari apa yang saya pelajari, jika anda melakukan pembedahan atau tonsil surgery, anda berkemungkinan besar akan mengalami masalah suara dan juga apabila anda melakukan pembedahan, anda mesti mengambil ubat-ubatan yang dimakan oleh pesakit-pesakit JANTUNG tiap-tiap hari sepanjang hidup anda. Hasil temuramah saya pada seorang pesakit yang telah menanyakan hal ini kepada doktor. InsyaAllah,semoga Allah memlihara kita dari sebarang penyakit. Akhir kalam, minum air mineral banyak-banyak. InyaAllah. Dengan Izin ALLAH !

Assalamualaikum