Isyak hari ini begitu indah. Suasana panas malam sebegini sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi aku untuk terus beribadah kepada Allah. Memohon petunjuk dan berdoa agar hati aku tidak dipesongkan oleh segala anasir anasir maksiat yang bisa membawa ke lembah neraka. Nauzubillah. Terkenangkan diri ku yang hanya banyak dikuasai oleh kerajaan nafsu bukannya parti Iman kerana aku adalah insan yang begitu lemah dalam menghadapi dugaan, cubaan yg diberikan.
Sebulan sebelum berangkat untuk meneruskan perjalanan sebuah pengorbanan. Begitu banyak perkara yang aku terpaksa korbankan buat masa ini. Kerana Allah diutamakan, dan kepada kedua ibu bapa aku turuti. Hari ini, tanggal 3 September, sebuah coretan hasil dari buah fikiran yang selama ini memendam untuk dipahatkan. 3 October bulan depan, aku bakal menaiki kapal terbang menjejakkan kaki ke bumi yang penuh sejarah, Bumi Anbiya', Mesir.
Pengorbanan demi pengorbanan aku lakukan terpaksa meninggalkan keluarga tersayang, ibubapa, adik beradik dan saudara mara terutama makcik dan pakcik aku yang juga membesarkan aku dari dulu lagi. Terpaksa meninggalkan mereka selama setahun. Mungkinkah? itu tidak pasti. Yang aku tahu, perjalanan ini mengambil masa enam tahun sebelum aku bergelar Doktor. Itu kah yang aku nak banggakan? Tidak, aku ada cita cita aku sendiri. Pemikiran aku jauh kehadapan.
Memandangkan usia kita semakin hari semakin berkurangan adapun secara zahirnya kita lihat usia kita bertambah. Usia kita tidak boleh dibeli lagi, hanya menunggu masa dan takdir. Memandangkan Dengan Izin Allah, aku akan menjadi seorang doktor, aku ingin merawat kedua ibubapaku, pakcik dan makcik ku yang menjagaku. Ini lah masa nya untuk aku berbakti sepenuhnya. Membalas jasa baik mereka.
Apa yang kita perlu ingat ialah, Allah itu ada bersama kita. Jika kita menjaga Allah, Allah menjaga kita. Doa adalah salah satu cara untuk kita menghargai orang yang kita sayangi. Jangan putuskan doa kita untuk kedua ibubapa kita dan muslimin dan muslimat di sekeliling kita. Kita doakan kesejahteraan mereka. Andai kita mereka sudah tiada, doakan kesejahteraan mereka di akhirat sana semoga mereka mendepat Keredhaan Allah.
Sebulan sebelum berangkat inilah masanya untuk aku luangkan masa bersama keluargaku. Aku menulis ini bukan dalam keadaan sedih, tapi ikhlas tulus dari hati. Apa yang dikeluarkan oleh akal fikiran , itulah yang aku pahat dalam belog kesanyangan aku ini. Bukan apa, kebanyakan sahabat sahabat aku akan pergi pada 5 september ni. Tak lama lagi lah, 2 hari lebih je. :')
Allah, bantulah aku dan permudahkan urusan aku dan perjalanan ku.
No comments:
Post a Comment