I am Ammus

I am Ammus
I am Ammus

Wednesday, 19 September 2012

Tutti Frutti Teluk Intan :))

Akhirnya , setelah sekian lama menunggu, Tutti frutti ni bukak jugak akhirnya kat Teluk Intan. Ni kira kali second lah makan. Dulu masa 1st time makan dekat Penang. Wahh, best lah. Lepas ni tak yah la nak pi jauh-jauh nak merasa benda alah ni.

Dibuka masa 16 Sept lepas. Bru bukak lah kiranya. Masa 1st bukak, ramai tak terkira lah cakap ko. Haha.


Lokasi nye di Bandar Baru Teluk Intan, dekat dekat dengan Hong Leong Bank. Berhadapan dengan Secret Recipe. Sebenarnya, sebelum ni saya pon tak tau mana lokasinya. Round punye round punye round, last-last jumpa la akhirnya! Sebab macam tersorok sikit. Haha. Tahniah tahniah. So, lepas ni, boleh la spend sikit wang tok makan benda ni. Sedap woo. Macam - macam perisa. :)

Tutti Frutti Teluk Intan


Saturday, 15 September 2012

Filem Innocence of Islam menghina Islam dan Nabi Muhammad !

Beberapa hari yang lepas, dunia Islam kini digemparkan dengan penerbitan sebuah filem Laknatullah dimana filem ini menjadi kontroversi dunia Islam. Filem ini mengisahkan bagaimana umat Islam dikatakan sebagai pengganas dan filem ini juga menghina Nabi Muhammad S.A.W. Islam diseluruh dunia kini mengadakan protes secara besar-besaran untuk membantah filem ini akibat penghinaan yang melampau oleh pencipta filem ini. Jika anda melihat trailer cerita ini di laman youtube, komentar yang dibuat tidak berhenti-henti keatas filem ini. Ada yang membantah secara keras-kerasan dan ada juga golongan laknatullah yang mengomen disitu. Firman Allah dalam surah Al-anam ayat 70:

Dan tinggalkanlah orang yang menjadikan al-din (agama) mereka sebagai permainan dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Dan peringatkan mereka dengannya (al-Qur’an) agar setiap diri terpelihara daripada terjerumus disebabkan usahanya. Tidak ada baginya pelindung dan tidak ada (juga) penolong selain Allah. Dan sekalipun dia (orang yang terjerumus itu) mahu menebus dengan segala macam penebusan namun, tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang yang dijerumuskan disebabkan apa yang mereka usahakan. Bagi mereka minuman daripada air yang mendidih dan azab yang sangat pedih disebabkan kekufuran mereka.

Firman Allah lagi dalam Al-Quran:

Sesunggunya orang-orang yang menyakiti Allah dan rasulNya, maka Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan bagi mereka azab seksa yang hina.

Filem Inncocence of Islam
Filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.

Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.

Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir. Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam.

Siapa itu Sam Bacile? 
Sam Bacile adalah seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat. Lelaki itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.

Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.

Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.

Hukum Bunuh terhadap orang yang menghina Islam.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan kerosakan di muka bumi ialah dengan balasan bunuh atau dipalang atau dipoting tangan dan kaki mereka secara berselang atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka. 


Diriwayatkan juga bahawa:

Seorang lelaki telah berdusta kepada Rasulullah s.a.w., lalu Ali dan Zubayrr pergi membunuh lelaki tersebut.

Di dalam sebuah kisah, Amir al-Mu’minin Harun al-Rashid telah bertanya kepada Imam Malik tentang seorang lelaki yang telah mencaci Rasulullah s.a.w. Al-Rashid juga memberitahunya bahawa para fuqaha di Iraq telah mengeluarkan fatwa bahawa lelaki tersebut dikenakan hukuman sebat. Mendengar cerita itu, Imam Malik menjadi marah lantas berkata: Wahai Amir al-Mu’minin! Apakah lagi yang tinggal pada umatnya selepas Nabinya dicaci! Sesungguhnya sesiapa yang mencaci para Anbiya, maka hendaklah dibunuh dan sesiapa yang mencaci sahabat hendaklah disebat.

Dari keterangan di atas, boleh diambil iktibar bahawa orang yang mencaci dan memperkecilkan Nabi s.a.w. jelas menandakan mereka mempunyai penyakit hati dan tanda kekufuran dan dengan itulah kebanyakan ulama menghukumkan mereka sebagai murtad jika mereka adalah dari orang Islam.

Namun, ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak dihukum kafir dan dibunuh melainkan sekiranya ia benar-benar berpegang dengan kata-katanya dan tidak mengingkari perkataan yang telah dikeluarkannya. Sekiranya dia mengakui kata-katanya dan tidak mahu bertaubat dari perbuatannya samada kata-kata yang dikeluarkan secara terang-terangan, mengejek-ngejek, dan sebagainya, maka tiada khilaf dan secara pasti ini menunjukkan kekufurannya dan oleh itu halal darahnya (dihukum bunuh).



p/s: Apakah negara Malaysia ini masih lali dengan kesenangan hidup tanpa memikirkan apa yang terjadi di luar sana? Adakah kita masih leka berhibur? apakah pemimpin kita takut untuk menunjukkan protes tehadap Amerika kerana Amerika menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia? renung renungkan lah. Wallahualam. 

Monday, 3 September 2012

Sebulan Sebelum Perjalanan Sebuah Pengorbanan Bermula.

Isyak hari ini begitu indah. Suasana panas malam sebegini sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi aku untuk terus beribadah kepada Allah. Memohon petunjuk dan berdoa agar hati aku tidak dipesongkan oleh segala anasir anasir maksiat yang bisa membawa ke lembah neraka. Nauzubillah. Terkenangkan diri ku yang hanya banyak dikuasai oleh kerajaan nafsu bukannya parti Iman kerana aku adalah insan yang begitu lemah dalam menghadapi dugaan, cubaan yg diberikan.

Sebulan sebelum berangkat untuk meneruskan perjalanan sebuah pengorbanan. Begitu banyak perkara yang aku terpaksa korbankan buat masa ini. Kerana Allah diutamakan, dan kepada kedua ibu bapa aku turuti. Hari ini, tanggal 3 September, sebuah coretan hasil dari buah fikiran yang selama ini memendam untuk dipahatkan. 3 October bulan depan, aku bakal menaiki kapal terbang menjejakkan kaki ke bumi yang penuh sejarah, Bumi Anbiya', Mesir.

Pengorbanan demi pengorbanan aku lakukan terpaksa meninggalkan keluarga tersayang, ibubapa, adik beradik dan saudara mara terutama makcik dan pakcik aku yang juga membesarkan aku dari dulu lagi. Terpaksa meninggalkan mereka selama setahun. Mungkinkah? itu tidak pasti. Yang aku tahu, perjalanan ini mengambil masa enam tahun sebelum aku bergelar Doktor. Itu kah yang aku nak banggakan? Tidak, aku ada cita cita aku sendiri. Pemikiran aku jauh kehadapan.

Memandangkan usia kita semakin hari semakin berkurangan adapun secara zahirnya kita lihat usia kita bertambah. Usia kita tidak boleh dibeli lagi, hanya menunggu masa dan takdir. Memandangkan Dengan Izin Allah, aku akan menjadi seorang doktor, aku ingin merawat kedua ibubapaku, pakcik dan makcik ku yang menjagaku. Ini lah masa nya untuk aku berbakti sepenuhnya. Membalas jasa baik mereka.

Apa yang kita perlu ingat ialah, Allah itu ada bersama kita. Jika kita menjaga Allah, Allah menjaga kita. Doa adalah salah satu cara untuk kita menghargai orang yang kita sayangi. Jangan putuskan doa kita untuk kedua ibubapa kita dan muslimin dan muslimat di sekeliling kita. Kita doakan kesejahteraan mereka. Andai kita mereka sudah tiada, doakan kesejahteraan mereka di akhirat sana semoga mereka mendepat Keredhaan Allah.

Sebulan sebelum berangkat inilah masanya untuk aku luangkan masa bersama keluargaku. Aku menulis ini bukan dalam keadaan sedih, tapi ikhlas tulus dari hati. Apa yang dikeluarkan oleh akal fikiran , itulah yang aku pahat dalam belog kesanyangan aku ini. Bukan apa, kebanyakan sahabat sahabat aku akan pergi pada 5 september ni. Tak lama lagi lah, 2 hari lebih je. :')

Allah, bantulah aku dan permudahkan urusan aku dan perjalanan ku.